Wangian Kasturi adalah wangian kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W sepertimana sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi" (Hadith riwayat Muslim)
Adalah sunnah bagi kita mengenakan wangi-wangian sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Empat perkara daripada sunnah rasul-rasul iaitu : Malu, Berwangi-wangian, Iwak dan Nikah"
Diantara riwayat lain yang boleh kita kaitkan dengan Wangian Kasturi adalah seperti yang diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya "Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.A katanya "Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya"
(Gambar Hiasan)
No comments:
Post a Comment