Selamat Datang

Alhamdulillahi rabbil aalamin, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk mempelajari ilmu-ilmuNya. Selamat datang, terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi melawati halaman ini. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati hidup kita.

Sunday, 23 September 2012

Haiwan Peliharaan Kesukaan Rasulullah


(Gambar Hiasan)



Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)", (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Friday, 1 June 2012

Himpunan Semua Doa Rasulullah S.A.W

Abu Umamah melaporkan, katanya, "Nabi Muhammad berdoa dengan doa yang panjang sehingga kami tidak dapat menghafalnya. Maka kami berkata 'Wahai Utusan Allah, tuan berdoa sangat panjang, sehingga kami tidak dapat menghafal sedikit pun daripada doa itu.'

Lalu Rasullulah berkata : "Sukakah saudara jika saya berikan doa yang menghimpunkan semua doa itu? Bacalah :

“Ya Allah, aku bermohon kepdaMu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad saw dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripadaMu, Engkaulah tempat meminta bantuan dan Engkaulah yang memberi kecukupan, dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”

(Gambar Hiasan)

Saturday, 26 May 2012

Pakaian Kesukaan Rasulullah S.A.W


Telah mengkhabarkan Ibrahim ibn Musa dan al-Fadl ibn Musa daripada Abdul Mu’min ibn Khalid al-hanafi daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Ummu Salamah berkata : Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis. [HR Tirmidzi dan Abu Dawud]

Gamis : Baju Kemeja paras lutut / kurta


Telah mengkhabarkan Qutaibah dan hammad daripada Ayyub daripada Abi Qilabah daripada Samurah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Hendaklah kamu memakai pakaian yang berwarna putih dan kafankanlah orang-orang yang mati itu dengan warna putih. Kerana Sesungguhnya pakaian yang berwarna putih itu merupakan pakaian yang paling baik bagi kamu. [HR An-Nasa'i]

Keterangan : Warna putih adalah melambangkan kesucian dan kebersihan. Islam amat-amat mementingkan kebersihan. Dan di dalam hadith menyuruh untuk mengkafankan jenazah dengan warna putih adalah supaya kita mengadap Allah dengan warna yang fitrah.

Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah Imam Tirmidzi.

Contoh kurta :-
(Gambar Hiasan)

Sumber

Friday, 25 May 2012

Wangian Kesukaan Rasulullah S.A.W


Wangian Kasturi adalah wangian kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W sepertimana sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi" (Hadith riwayat Muslim)

Adalah sunnah bagi kita mengenakan wangi-wangian sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Empat perkara daripada sunnah rasul-rasul iaitu : Malu, Berwangi-wangian, Iwak dan Nikah"

Diantara riwayat lain yang boleh kita kaitkan dengan Wangian Kasturi adalah seperti yang diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya "Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.A katanya "Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya"


(Gambar Hiasan)


Thursday, 24 May 2012

Sukan Kesukaan Rasulullah S.A.W

(Gambar Hiasan)


1. Memanah

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani) 

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

(Gambar Hiasan)

2. Berkuda

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

(Gambar Hiasan)

3. Berenang

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

(Gambar Hiasan)

4. Gusti

Ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.

Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu. Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.

(Gambar Hiasan)

5. Lumba Lari

Dalam satu kisah lain, Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu.

Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Hadis-hadis lain :-
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Peringatan
Dalam keghairahan beriadah dan bersukan, janganlah mengabaikan perkara yang dilarang syariat seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan selain lalai menunaikan kewajipan solat. Hindari acara sukan yang membabitkan perjudian.

Tuesday, 22 May 2012

Makanan Kesukaan Rasullullah S.A.W

Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup

Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

Buah Tin
Buah dari syurga, boleh mengubati buasir

Anggur
Nabi suka buah anggur, ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut

Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit
jika dibancuh dengan air panas, pembuka selera, menguatkan perut, membuang kahak...elok diminum waktu pagi dengan air suam

Tembikai
Nabi SAW bersabda, wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya


Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh di dahi, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan

Cendawan
Baik untuk mata, merancang keluarga

Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut

Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari


Cuka
Nabi selalu minum cuka dengan minyak zaitun (trend yg popular di restoran Itali)

Air
Minuman terbaik jika dahaga hendakah disedut perlahan-lahan, jangan diteguk kerana mudah mendapat sakit pada hati

(Gambar Hiasan)


Sumber

Monday, 21 May 2012

Warna Kesukaan Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w memang dikenali dengan warna hijau. Sebenarnya, ada lagi warna-warna lain yang menjadi kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : "Yang amat disukai oleh Nabi s.a.w ialah warna putih."

Ibnu Hajar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi s.a.w memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya..."

Al Baihaqi meriwayatkan hadits dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah s.a.w berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat."

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata : "Pernah Nabi s.a.w keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu."

Imam Bukhari meriwayatkan hadits dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."

(Gambar Hiasan)